Kunjungan Hormat dan Ziarah Mahabbah PERMATA Al-Quran Malaysia ke JAKIM

Kunjungan

Putrajaya - 12 Julai 2023 - 3.30pm.

Sesi Kunjungan Hormat dan Ziarah Mahabbah PERMATA AL-QURAN yang diketuai oleh al-Fadhil Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz (Penasihat Majlis Tahfiz Asia Tenggara - MATA), al-Fadhil Ustaz Dr Muhammad Hafiz (Naib Presiden), al-Fadhil Ustaz Mohamad Adha (setiausaha) dan al-Fadhil Tuan Haji Sahlan (Penasihat Undang Undang PERMATA AL-QURAN) ke atas YBrs. Datuk Hajah Hakimah Binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM pada 12 Julai 2023/rabu, jam 3.30 petang bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, JAKIM.

Tujuan kunjungan adalah mencadang dan membincangkan ruang penganjuran bersama PERMATA AL-QURAN & JAKIM untuk menjayakan Program "Liqa' Ahlul Quran" sempena kehadiran ulama al-Quran dunia ketika Majlis Tilawah al-Quran peringkat Antarabangsa nanti.

Alhamdulillah. Secara dasarnya Datuk Ketua Pengarah JAKIM menyambut baik cadangan ini dan bersetuju memberi laluan untuk menjayakan program "Liqa' Ahlul Quran" ini.

Mohon doa dari semua agar dipermudahkan Allah perancangan melaksanakan program ini.

#PermataAlquran #PersatuanMadrasahTahfizAlquranMalaysia #MenaungiInstitusiTahfizDiMalaysia #WadahPerjuanganTahfiz #CaknaHuffaz