Kuala Kubu Baru - 07 Julai 2023 - 9.30am.
Sesi Kunjungan Hormat dan Ziarah Mahabbah dari PERMATA AL-QURAN yang diketuai oleh al-Fadhil Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz (Penasihat Majlis Tahfiz Asia Tenggara - MATA), al-Fadhil Ustaz Haji Manolito Bin Mohd Dahlan (Presiden PERMATA AL-QURAN), al-Fadhil Ustaz Dr Muhammad Hafiz (Naib Presiden), al-Fadhil Ustaz Mohamad Adha (setiausaha), al-Fadhilah Prof Madya Dr Zetty Nurzuliana Rashed (AMP), Al-Fadhilah Puan Yana Harniza Binti Meor Idris (Ahli Kehormat - Penasihat Media) dan al-Fadhilah Ustazah Hasna (AMP) ke atas YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Setiausaha Lembaga Darul Quran merangkap Pengarah Darul Quran JAKIM pada 07 Julai 2023/jumaat, jam 9.30 pagi bertempat di Dewan Syura Utama, Darul Quran, JAKIM.
Antara perkara yang dibincangkan :
- Sijil Tahfiz Malaysia perlu diadakan bengkel khas penerangan ke akar umbi. Format, kitab, kaedah penilaian peperiksaan.
- Mewujudkan kerjasama pintar latihan perguruan kajian ilmiah berkaitan dengan isu tahfiz.
- Cadangan untuk mengadakan Liqa’ Al Quran bersama ulamak Quran sedunia sempena majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa pada bulan ogos nanti.
- Memohon mewujudkan program pengijazahan guru tahfiz swasta mengguna kaedah KDC Kursus Dalam Cuti.
Semoga pertemuan ini akan merapatkan lagi ukhuwah di samping bertukar-tukar idea dan pandangan ke arah membina kerjasama dalam penambahbaikan pembangunan modal insan huffaz, pengurusan dan penyelidikan latihan tahfiz.