Antara usaha dan perancangan PERMATA AL QURAN Malaysia:
- Kolaborasi dengan Kolej Komuniti Malaysia bagi mewujudkan kelas kemahiran untuk pelajar Tahfiz.
- Bekerjasama dengan UNISEL & KUIN bagi mengadakan kelas SPM Fast Track untuk pelajar Tahfiz.
- Kolaborasi dengan Kumpulan Media Karangkraf bagi mewujudkan “Rumah Ngaji” di Maahad Tahfiz dan sedang mengatur program Akademi Wartawan Tahfiz.
- Kolaborasi dengan CTRM (Composite Technology Research Malaysia) bagi mewujudkan program Akademi Tahfiz Aeroangkasa di Batu Berendam, Melaka.
- Terlibat sebagai Pembina dan Penilai Pakar dalam mewujudkan NOOS anjuran Jabatan Kemahiran Malaysia (JKM) Kementerian Sumber Manusia untuk menghasilkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Pengurusan Tahfiz tahap 3, 4 dan 5.
- Menjadi AJK Panel Bengkel Makmal Dasr Tahfiz Negara seliaan JAKIM.
- Mewujudkan rangkaian NGO Pendidikan Malaysia (GAPIM).
- Merancang untuk membina Universiti Al-Quran Malaysia.