Tandatangan MoU Antara PERMATA AL QURAN dan KUIN

19 November 2017 adalah hari bersejarah bagi Permata al-Quran. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permata al-Quran dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah diadakan pada hari ini bertempat di KUIN, Kuala Ketil, Kedah. Perjanjian persefahaman ini antara kandungannya adalah untuk mengadakan program SPM Fast Track kepada pelajar pelajar tahfiz yang bernaung di bawah Permata al-Quran.

 

Seterusnya mereka akan berpeluang untuk menyambung pelajaran di KUIN. Perjanjian persefahaman di antara Permata al-Quran dan KUIN adalah merupakan perjanjian yang pertama di antara keduanya. KUIN diwakili oleh Rektornya Prof. Dato’ Dr Fakhrudin bin Abdul Mukti, Timbalan Rektor, Dekan Kulliyyah al-Quran dan Sunnah Dr. Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff Al- Hafiz serta beberapa pegawai yang lain. Manakala Permata Al-Quran diwakili oleh Presidennya Ustaz Manolito Dahlan, Timbalan Prsiden Prof Musa, serta beberapa AMP lain yang turut hadir.

Moga menerusi jaringan kerjasama ini akan dapat memberi peluang pendidikan yang lebih luas kepada pelajar pelajar tahfiz di Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *