Tahfiz TVET Modular Berkredit Pertama Di Malaysia Dengan Kerjasama Kolej Komuniti

17 Feb 2018, Batu Kurau; Majlis Pelancaran Perasmian Tahfiz TVET Modular Berkredit kerjasama dengan Jabatan Kolej Komuniti yang pertama di Malaysia di Maahad Tarbiah Al-Ummah, Batu 21, Batu Kurau, Perak. Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah , Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Manakala¬† dalam majlis yang sama pihak Kementerian Pengajian Tinggi melalui Ketua Pengarah, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti telah bersetuju menandatangani “Kolabarasi Strategik” dengan PERMATA ALQURAN.

Dengan kerjasama ini seluruh Maahad Tahfiz mempunyai satu lagi peluang untuk mendapat kemahiran yang bermodular malah berkredit yang membolehkan mereka mendapat SIJIL KOLEJ KOMUNITI   yang di iktiraf oleh MQA (Diiktiraf oleh KPM) tanpa perlu belajar sepenuh masa .

Mohon semua Maahad Tahfiz mengambil kesempatan ini, sebagai nilai tambah ilmu, malah ia tidak mengganggu waktu belajar asas pelajar kerana ia bersifat anjal ikut kesesuaian maahad. Malah ia sangat baik terutama kepada pelajar-pelajar yang lemah, yang tidak berkemampuan di dalam hafazan (pelajaran) tetapi mereka kita sediakan kemahiran untuk terus berjaya dalam kehidupan.

Jika sekiranya ingin mendpt pencerahan boleh hubungi 0195793454 (wp) atau kunjungi MAAHAD TAHFIZ TARBIAH AL UMMAH, Batu 21, Batu Kurau, Perak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *