Sejarah

Sejarah Awal Penubuhan PERMATA

Gagasan menubuhkan sebuah Persatuan yang menghimpunkan seluruh Madrasah Tahfiz Al-Quran (MTQ) di seluruh Malaysia tercetus hasil dari satu pertemuan yang dihadiri oleh 27 orang yang mewakili 12 MTQ di Hotel Ansar, Kota Bharu pada 18 Julai 1999.

12 Madrasah Pelopor tersebut ialah Sekolah Rendah Islam Aman (SRI Aman), MQ Al Hilmiyah Taman Kenangan, MDQ Slow Machang, MDQ Darus Salam Telipot, MD Furqan Ketereh, MTQ ABIM, MTQ Darul Riyadh Rantau Panjang, Al Imam International Institute, Kelas Tahfiz Melawi, MTAQ Pulai Chondong, MTWQ Repek dan Sekolah Rendah Islam Kota (SRI Kota).

Ditubuh pada 1998 dan mula beroperasi pada 1999 dengan dianggotai oleh sejumlah sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia dan digerakkan sendiri oleh barisan kepimpinan sekolah-sekolah tahfiz terbabit. Bagi mengukuhkan operasi, penyusunan semula organisasi PERMATA telah dibuat selepas perlantikan sesi baru 2011-2013.