Perutusan Presiden

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Doidoakan semoga kaum Muslimin/Muslimat semua berada dalam keadaan dilimpahi Rahmat dan Redha Allah S.W.T Amin.

Pengunjung yang dirahmati,

Terlebih dahulu saya selaku Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (Permata Al-Quran)  mengucapkan terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa melayari laman web ini.

Saya ingin mengajak kita semua bersama sama membangun dan memperkasakan institusi  tahfiz di Malaysia samada membantu secara langsung ataupun melalui saluran infaq dan wakaf melalui Permata Al-Quran.

Saya yakin kita semua berhajat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dengan melakukan Ibadah Infaq Fisabilillah (sumbangan Amal Jariah) dan wakaf dengan bertindak sebagai penyumbang derma, pewakaf atau bakal Pewakaf kepada Permata Al-Quran.

Permata al-Quran sentiasa komited untuk melaksanakan sebarang aktiviti dan program yang dirancang untuk dijayakan sebaik-baiknya dengan mengambil kira perluasan tahap maksima penghasilan manfaat kepada institusi tahfiz dan warganya di Malaysia. Segala sumbangan anda akan digunakan untuk maslahah pendidikan tahfiz al-Quran.

Permata al-Quran pada tahun 2018 ini akan berusaha melonjakkan pembangunan aktiviti Pendidikan Al-Quran dan Islam melalui medium infaq dan wakaf dengan mengajak kita semua bersama sama menjayakannya dengan sumbangan Amal Jariah berterusan, Skim Wakaf Tunai (Korporat) selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia, supaya suasana pembangunan Amal Jariah dan Wakaf memberi impak positif yang berpanjangan terutama kepada pendidikan tahfiz dan umat Islam.

Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang telah beriman: “Hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tidak ada jual beli dan sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).
[Surah Ibrahim Ayat 31]

Sesungguhnya saya amat berterima kasih dan mengalu-alukan sebarang cadangan aktiviti yang perlu dalam pelaksanaan Ibadah khususnya Ibadah Amal Jariah dan Wakaf di Malaysia.

Sokongan anda amatlah disanjungi serta dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi bersama sama membantu Permata Al-Quran. Semoga hidup kita diberkati dan dalam keredhaan Allah.

Selamat beribadah Amal Jariah dan Wakaf – Pelaburan Abadi.

Wassalam,

AL-QURAN DIJULANG ISLAM GEMILANG

Yang Benar,

Ustaz Manolito Dahlan
Presiden Permata Al-Quran