Permata Al-Quran sertai Karnival Pengajian Tinggi Perlis

10-11 FEB 2018; UniMAP Perlis, Permata Al-Quran dan Kopermata menyertai pameran di Karnival Pengajian Tinggi Zon Perlis 2018. Penyertaan ini adalah sebagai wakil madrasah tahfiz memperkenalkan tahfiz dan dalam masa yang sama mencari peluang kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Karnival ini dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Azlan bin Man, Menteri Besar Perlis. Karnival ini berlangsung selama 2 hari iaitu bermula 10hb Februari hingga 11hb Februari di Dewan Ilmu, Kampus Alam Pauh Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Permata Al-Quran akan memperkenalkan madrasah-madrasah tahfiz seluruh Malaysia dan akan memperkenalkan program-program hasil kerjasama dengan institusi seperi Tahfiz Aeroangkasa kerjasama dengan CTRM di Batu Berendam Melaka. Program SPM Fast Track dengan kerjasama UniSHAMS (dahulu dikenali KUIN) dan kolaborasi dengan Kolej Komuniti melalui TVET atau pun tahfiz kemahiran.

Karnival KPT ini akan diadakan seluruh Malaysia dan Permata Al-Quran akan menyertainya dibeberapa tempat lagi selepas ini iaitu antaranya di Kelantan pada 10-11 Mac 2018 di USM Kubang Kerian. Kepada pada semua mudir dan pelajar tahfiz bolehlah datang ke Karnival seperti untuk memberi pendedahan berkaitan pengajian di peringkat menara gading.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *