Persatuan Madrasah Tahfiz al-Quran Malaysia (PERMATA AL-QURAN) adalah sebuah NGO pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan bagi menjaga kepentingan sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia, khususnya yang berdaftar sebagai ahli PERMATA AL-QURAN.
Ditubuhkan pada tahun 1998 dengan nombor pendaftaran 1275 PPP/KEL: 22/00.
VISI
Menerajui Kecemerlangan Pendidikan Tahfiz Seiring Perkembangan Arus Perdana Malaysia.
MISI
Merealisasikan Pendidikan Tahfiz Yang Diiktiraf Dan Bertaraf Dunia Dalam Pemerkasaan Tadbir Urus, Peningkatan Kualiti Pengajaran Dan Kurikulum Serta Mempunyai Jaringan Institusi Tahfiz Global.
TERAS STRATEGIK
- Pemerkasaan Organisasi
- Pendidikan
- Dakwah Dan Kebajikan
- Pembangunan Insan
- Ekonomi
MATLAMAT
- Mengaplikasikan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.
- Memudahcara Pembangunan Model Pendidikan Tahfiz.
- Membentuk Garis Panduan Pengurusan Institusi Tahfiz.
- Mewujudkan Sistem Pembangunan Insan.
- Menjalinkan Kolaborasi Dengan Agensi Kerajaan Dan Pihak Berkepentingan Di Peringkat Nasional Dan Antarabangsa.
- Membangunkan Agenda Ekonomi Institusi Tahfiz.
- Menyelaras Maklumat Dan Kebajikan Institusi Tahfiz.
NILAI UTAMA
T | TAAWUN |
I | ISTIQAMAH |
M | MUSYAWARAH |
MOTTO
Pemacu Kecemerlangan Institusi Tahfiz.