Pendaftaran Madrasah Secara Online

Pihak PERMATA AL-QURAN menyediakan perkhidmatan permohonan keahlian madrasah secara atas talian (online) melalui halaman Borang Permohonan Keahlian PERMATA AL-QURAN. Borang ini hanya boleh diisi oleh pihak pentadbir madrasah (pengasas/pengerusi/pengetua/mudir) dan sila pastikan borang ini lengkap untuk memudahkan proses pengumpulan maklumat.

Untuk memudahkan penghantaran maklumat dan komunikasi, setiap madrasah hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu alamat emel rasmi dan nombor telefon bimbit.

Setiap borang yang dihantar akan disemak dan diproses oleh pihak pentadbir PERMATA AL-QURAN, sebelum diluluskan dan dipaparkan dalam halaman Senarai Madrasah. Proses ini mengambil masa beberapa hari dan akan diberitahu kelak melalui emel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *