MAJLIS KONVOKESYEN HUFFAZ PERMATA AL-QURAN KALI KE 7

Kuala Terengganu; Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia akan mengadakan MAJLIS KONVOKESYEN HUFFAZ PERMATA AL-QURAN MALAYSIA DAN NUSANTRA KALI KE 7 pada tahun ini. Tarikh yang ditetapkan adalah pada 4 & 5 OKTOBER 2019 dan dicadangkan diadakan di UniSZA, Kuala Terengganu.

PERMATA AL-QURAN menjangkakan pada kali ini akan menerima penyertaan seramai 1000 huffaz daripada seluruh Malaysia dan Nusantra. Ini akan menjadi sejarah baru Malaysia dan usaha PERMATA AL-QURAN memartabatkan Institusi Tahfiz.

Permohonan penyertaan dibuka sekarang dan terbuka kepada semua pelajar atau individu yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Tujuan Majlis Konvokesyen ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan para huffaz menghafal 30 juzuk al-Quran dan pada kali ini PERMATA AL-QURAN menetapkan 3 Kategori Penganugerahan Sijil iaitu 1. Sijil AM Tahfiz, 2. Sijil Isbath 3. Sijil Syahadah Tahfiz. Untuk Sijil Isbath dan Syahadah akan diadakan ujian dengan melantik panel tasmi’ dan pelajar yang berjaya akan diberi saguhati.

Daftar melalui google form :

https://goo.gl/forms/ep8LQG72G2B5I5tE3

Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

Us. Omar Alias : 013-9277593 Us. Wan Mohd Redzuan : 013-7943665

019-6653665 (HOTLINE)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *