Konvokesyen Huffaz PERMATA AL-QURAN kali ke 6 / 2017

18-19 OGOS 2017 | 25-26 ZULKAEDAH 1438H

DEWAN TUANKU HAJJAH HAMINAH, KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH, KUALA KETIL, KEDAH DARUL AMAN

TentatifPerutusanKata AluanObjektifKos & SumbanganPengiktirafanKerjasamaKeistimewaanGraduan Huffaz
18 OGOS 2017 - JUMAAT - RAPTAI
19 OGOS 2017 - SABTU - KONVOKESYEN HUFFAZ 2017

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Selawat dan salam ke atas jujungan Agong Nabi Muhammad S.A.W, keluarganya, Sahabat-sahabatnya dan para pengikutnya hingga Hari Qiamat.

Yayasan ABADA diamanahkan oleh Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia (PERMATA AL-QURAN) sebagai peneraju eksekutif kepada Majlis Konvokesyen Huffaz Permata Al-Quran kali ke 6/2017 pada 18-19 Ogos 2017 bertempat di Dewan Tuanku Hajjah Haminah, Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kuala Ketil, Kedah membawa tema ‘AL-QURAN PERMATA UMMAH’ dengan matlamat untuk mengangkat martabat Madrasah Tahfiz yang gigih berusaha melahirkan seberapa ramai para Huffaz yang dihiasi akhlak mulia mempunyai jati diri berdaya maju terpilih menjadi imam kepimpinan umat manusia serta menambah anjakan paradigma komuniti Madrasah Tahfiz secara menyeluruh, bersepadu, relevan dan mantap di sudut organisasi dan kurikulum di seluruh Malaysia serta meningkatkan inspiriasi masyarakat ke arah berusaha merealisasikan platform Pembangunan Generasi Khalaf ke seluruh negara.

Watikat disampaikan melalui YBM Dato’ Bijaya Indera/Ketua Setiausaha Sulit bagi menyembah maklum hasrat menjunjung kasih untuk mendapatkan limpah perkenan DYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, mencemar Duli menyempurnakan pengisytiharan rasmi pembukaan konvokesyen dan menyampaikan Anugerah kepada Graduan Huffaz Cemerlang. Nescaya usaha ini akan meningkatkan keupayaan dan pencapaian kepada Madrasah Tahfiz dan graduan huffaz di seluruh negara pada masa akan datang.

Segala jasa baik memberi kerjasama, sokongan, sumbangan amal jariah dan bantuan ke arah kejayaan, hanya Allah sahajalah yang akan membalasnya dan seluruh yang terlibat amnya akan mendapat manfaat darinya. Insya Allah.

Amin Ya Rabbal A’lamin.

Sekian, terima kasih.

PRESIDEN PERMATA AL-QURAN

 

Kitab Al-Quran adalah punca keberkatan dan punca kejayaan seperti Firmat Allah SWT dalam Surah Sad (38:29) yang bermaksud: “Kitab (Al-Quran) yang kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar mendapat pelajaran bagi orang yang berakal.”

Sehubungan itu, Permata Al-Quran sangat memandang tinggi penghafaz-penghafaz Al-Quran. Mereka perlu diiktiraf dan diletakkan di tempat yang istimewa di dalam masyarakat. Oleh itu, sebagai pengiktirafan dan meraikan kejayaan mereka menghafaz 30 juzuk Al-Quran, pihak Permata Al-Quran berganding bahu bersama-sama Yayasan Abada, Koleh Universiti Insaniah (KUIN) dan Persatuan Hal Ehwal Sekolah Agama (HESA) Kedah mengadakan Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-6, bertempat di Dewan Tuanku Hajjah Haminah, Kolej Universiti Insaniah. Majlis ini juga bukan sekadar pemberian sekeping sijil tetapi ia adalah merupakan galakan kepada seluruh lapisan masyarakat supaya teruja dengan Al-Quran, sehingga suatu masa nanti kita mampu membina generasi yang hebat iaitu Generasi Al-Quran.

Sempena dengan majlis ini juga, Permata Al-Quran merancang untuk menghimpunkan mudir-mudir dan pengusaha-pengusaha Tahfiz daripada seluruh Malaysia untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi membincangkan halatuju, perkongsian maklumat malah berusaha mengembleng pelbagai persatuan-persatuan Al-Quran supaya bermuafakat untuk mewujudkan gelombang arus perdana pendidikan Al-Quran.

Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Konvokesyen Huffaz kali ke-6 ini, termasuk Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah, selaku penaung bersama negeri Kedah. Kerajaan Negeri Kedah, Kolej Insaniah (KUIN), Persatuan Hal Ehwal Sekolah Agama Kedah (HESA), Yayasan Abada, Persatuan-persatuan Al-Quran seluruh Malaysia, pengusaha-pengusaha Maahad Tahfiz, mudir-mudir dan para penyumbang ibu bapa dan pelajar.

Restukanlah majlis kami in Ya Allah.

“AL-QURAN PERMATA UMMAH”

USTAZ MANOLITO BIN MOHD DAHLAN

Presiden,
Perstatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia,
(PERMATA AL-QURAN)

  • Menghargai dan menilai serta memberi anugerah kepada mereka yang terlibat dalam institusi Tahfiz seluruh Malaysia.
  • Melahirkan para huffaz yang cemerlang dari sudut akademik dan syaksiah.
  • Memupuk ukhuwwah Islamiah dalam diri setiap huffaz.
  • Memupuk semangat untuk terus gigih berusaha mencapai kejayaan.
  • Memberi kesedaran kepada peserta tentang potensi yang ada dalam diri mereka dan membaiki kelemahan yang ada.

Dana & Kos

Dana konvokesyen ini akan diperolehi daripada keperihatinan masyarakat yang berpeluang membantu melalui penajaan, sumbangan dan bantuan memenuhi keperluan konvokesyen ini atas maksud perkongsian manfaat Al-Quran Permata Ummah.

Anggaran kos berasaskan perkapita menurut jumlah keperluan seorang graduan memerlukan sebanyak RM 750.00 dan permata Al-Quran menetapkan yuran penyertaan seorang graduan sebanyak RM 280.00, manakala baki anggaran kos yang diperlukan penganjur akan berusaha mendapatkannya melalui sumbangan amal jariah atau bantuan dari kalangan musliman dan muslimat yang prihatin.

Bil Perkara Jumlah (RM)
1 750 graduan x RM750.00 562,500.00
2 Yuran penyertaan 750 x RM 280.00 210,000.00
Baki Dana Diperlukan 352,500.00

Keperluan Bajet

  • Sewa 2 buah Dewan Konvokesyen KUIN
  • Sijil, fail dan cenderamata
  • Beg dan buku cenderahati
  • Sewa jubah
  • Siaraya, promosi dan iklan
  • Makan/minum
  • Penginapan peserta dan petugas
  • Gerai/pameran
  • Fotografi dan rakaman
  • Saguhati dan hadiah
  • Pengangkutan dan perhubungan
  • Lain-lain berkaitan

Sumbangan & Bantuan

Dana konvokesyen masih kekurangan perbelanjaan keperluan menurut bajet berjumlah RM 325,500.00, termasuk mengambil kira yuran penyertaan setiap Graduan Huffaz yang telah dikumpulkan dan masih memerlukan penajaan bantuan dan sumbangan amal jariah dari ahli tabarruk dan para dermawan budiman.

Semua sumbangan akan mendapat potongan cukai pendapatan di bawah kelulusan subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967). Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6 7323.

Sumbangan melalui cek/wang pos/kiriman wang untuk Majlis Konvokesyen ini hendaklah ditulis dengan jelas atas nama YAYASAN ABADA atau dimasukkan terus ke dalam akaun bank YAYASAN ABADA:

Bil Bank Nombor Akaun
1 Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) 02-048-01-005-5892
2 Maybank Islamic 552059-687209
3 CIMB Islamic 86-0162687-8

Surat pengesahan nama, alamat dan slip bank hendaklah dihantar kepada:

YAYASAN ABADA
Lot 2853, Kompleks Pendidikan Islam,
Pekan Parit Panjang,
09200, Kupang,
Kedah Darul Aman.

Tel/Faks:

  • 604-4761744 (Pejabat)
  • 019-5423532 (Pengarah Ustaz Haji Idris)
  • 019-4791744 (Pendaftar Ustaz Zia)

Email: yayasanabada@gmail.com

Pengiktirafan dan anugerah kepada Graduan Huffaz akan disempurnakan dan disampaikan oleh:

  • Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Sultan Kedah
  • Yang Berbahagia Sohibul Samahah Dator’ Mufti Negeri Kedah
  • Yang Berbahagia Sohibul Samahah Mursid Al-Quran Qiraat Asyarah
  • Yang Berbahagia Mulia Dator’ Prof Dr Rektor KUIN

Langkah permulaan Urusetia telah berkunjung hormat bertemu dengan Rektor KUIN bagi berbincang dan mendapatkan nasihat berkaitan hala tuju konvokesyen ini bersesuaian dengan Kuliah Al-Quran dan As-Sunnah bermatlamat memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat menjayakan konvokesyen ini.

Semua pihak diseru bekerjasama atas jalan Agama Islam melalui penajaan, sumbangan, bantuan dan sokongan terutama daripada:

  • Kerajaan Negeri dan Pusat
  • Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
  • Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri
  • Jabatan Mufti
  • Pejabat Daerah Baling
  • Jabatan-jabatan Kerajaan berkaitan
  • YB Ahli Parlimen dan DUN
  • Badan Berkanun, Syarikat GLC, Swasta dan NGO
  • Mursyid Al-Quran, ulama’ – ulama’ dan guru-guru Agama dalam dan luar negara
  • Kepimpinan masyarakat, muslimin dan muslimat amnya
  1. Sijil bersifat kebangsaan dan menjadi nilai tambah dan dokumen sokongan kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran atau bekerja.
  2. Sebagai pengiktirafan di peringkat nasional dengan penganjuran Majlis Konvokesyen bersifat seluruh Malaysia yang disempurnakan oleh kepimpinan Negeri dan Negara.
  3. Sijil dalam Bahasa Arab dapat membantu pelajar memasuki pusat pengajian (Universiti) di luar negara seperti di Afrika Selatan, Mesir, Sudan, Indonesia dan banyak lagi.
  4. Majlis Konvokesyen ini menjadi tempat seluruh pengusaha dan pentadbir Maahad Tahfiz serta guru-guru seluruh Malaysia berkumpul, bertemu dan bertukar pandangan serta idea.
  5. Menjadi satu kenangan terindah buat semua huffaz yang telah berjaya menhafal 30 juzuk Al-Quran dan usaha mereka diiktiraf.

Graduan Huffaz yang telah berdaftar dengan Permata Al-Quran sehingga tarikh 31 Mei 2017 bagi seluruh Madrasah Tahfiz adalah seramai 750 orang dan akan menyertai konvokesyen kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *