Buletin

Ikuti perkembangan terkini PERMATA AL QURAN disamping perkongsian ilmu, kegiatan kebajikan dan aktiviti-aktiviti melalui laman Facebook kami, @mypermata.

Ust Murtadha Yusuf telah kembali kerahmatullah 12.30 tghari tadi di Hospital Taiping.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat.

Facebook photo

Rakaman Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam.

Ada berita baik untuk tahfiz. Selamat Menonton.

MULTAQA DAKWAH DAN PEMIKIRAN ISLAM
====================================
.
Alhamdulillah Permata Al-Quran dijemput untuk sama sama menghadiri Multaqa ini. Di antara AMP yangg hadir di Multaqa ialah Prof Madya Musa Ahmad, Dato' Adnan, Dato' Abu Ubaidah, Ust Zawawi dan Ustaz Lokman.
.
Selesai Multaqa, team AMP Permata Al-Quran yang diketuai Prof Musa (Timbalan Presiden), sempat meluangkan masa berjumpa wakil Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra.
.
Team AMP sempat memperkenalkan Permata al-Quran dalam perbincangan awal tersebut. Perbincangan mengambil masa hampir satu jam.
.
Setelah memperkenalkan Permata al-Quran mereka amat berminat untuk mengenali lebih lanjut dan seterusnya berkolaborasi dengan Permata al-Quran dalam bidang skill based dan akademic based.
.
InsyaAllah pertemuan susulan akan dibuat dalam masa terdekat demi memertabatkan lagi institusi tahfiz dan pelajar pelajar tahfiz di Malaysia.
.
Mohon didoakan semoga gerak kerja memartabatkan institusi tahfiz oleh Permata al-Quran dipermudahkan urusannya oleh Allah.

Facebook photo

Wacana Cendekiawan Atma (UKM).
Status Sekolah Tahfiz Dalam Pendidkan Negara: Di mana & ke mana akhirnya..?
=====================================

Alhamdulillah Permata al-Quran telah dijemput untuk sama sama menjayakan wacana ini pada 8 Januari 2018 di UKM.
.
Permata al-Quran telah diwakili oleh Dato Majer (B) Adnan Hashim (Bendahari Permata) untuk memberi pembentangan di bawah tajuk : "Peranan NGO, masalah yg dihadapi, pencapaian semasa dan rancangan serta strategi masa depan".
.
Antara panel pembentang lain adalah :
1. Dr Azizi - Pendidikan melayu, sejarah tahfiz, polisi dan urus tadbir serta cabaran.
.
2. Prof Dato' Paduka Zakaria - Peranan kerajaan persekutuan, DPTN, perkembangan kurikulum dan pengiktirafan serta cabaran.
.
3. Prof Dato Dr. Halim - Peranan MAIS, situasi pendidikkan guru dan masalah serta penyelarasan.
.
Semoga wacana ini dapat memberi impak yang positif kepada institusi tahfiz dalam pendidkan Negara.

Facebook photo

Assalamualaikum.
.
Maklumat terkini pertemuan dengan kerajaan Negeri Kelantan berkenaan cadangan penubuhan Universiti Al-Quran Malaysia oleh Permata al-Quran pada 20 disember 2017.
.
Pertemuan dipengerusikan oleh YB Dato Dr Mohamed Fadzli Bin Dato Hj. Hassan (exco) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian tinggi.
.
Turut hadir dikalangan wakil kerajaan Negeri Kelantan ialah;
-YB Dato' Muhamad Bin Awang,
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi.
-Dr Haji Nik Mohd Azlan Bin Abd. Hadi, Timbalan YDP MAIK.
-Prof Dr. Ab. Aziz Bin Mohd Zin, Ketua Eksekutif KIAS.
-Dr Azhar Bin Abdullah, Timbalan Ketua Eksekutif KIAS.
-Ustaz Zaki Bin Deraman, Timbalan Pengarah bahagian akademik YIK.
.
Wakil AMP Permata al-Quran ialah;
- Ustaz Manolito Dahlan, Presiden Permata al-Quran.
-Ustaz Syed Sharim, Setiausaha Permata al-Quran.
-Ustaz Shamsul Izwan, Setiausaha Kerja Permata al-Quran.
-Dato Adnan Hashim, Bendahari Permata al-Quran.
-Ustaz Omar Alias, wakil permata Kelantan.
-Ustaz Mohd Hilmi Abdul Rahman, AMP Permata al-Quran.
-Ustaz Mohd Ariff, AMP Permata al-Quran.
.
Alhamdulillah pertemuan berlangsung dengan penuh mesra di Bilik Mesyuarat MMK, Aras Bawah Blok 1, Kota Bharu Kelantan. Permata al-Quran mendapat sokongan penuh di atas perancangan yang dibuat.
.
Beberapa resolusi di capai ;
1. Permohonan permata al-Quran akan di bawa ke mesyuarat Exco yg dipengerusi oleh MB Kelantan.
2. Mohon Permata al-Quran segerakan grand design pembangunan, cadangan kurikulum universiti serta anggaran belanjawan.
3. Perbincangan seterusnya akan di adakan selepas mesyuarat Exco.
4. Ketua Eksekutif KIAS menjemput Permata al-Quran untuk mengadakan hubungan dua hala. Satu pertemuan awal akan dilaksanakan dalam masa terdekat untuk membincangkan hubungan dua hala.
.
Cadangan yang diterima:
Cadangan supaya Permata al-Quran boleh memulakan permohonan mengadakan universiti al-Quran. Boleh bermula di bangunan yang disewa terlebih dahulu.
.
Terima kasih kepada semua yang hadir bersama. Terima kasih juga kepada kerajaan negeri Kelantan yang sudi menerima kunjungan kami.
.
Mohon semua ahli dan juga rakyat Malaysia mendoakan agar segala perancangan yang dirancang akan dipermudahkan Allah hendaknya.
.
Kita bersatu demi pembangunan pendidikan al-Quran di Malaysia.
.
Yang menjalankan amanah,
Manolito Bin Dahlan
Presiden Permata Al-Quran.

Facebook photo

Makluman untuk madrasah tahfiz di Kelantan.

كان الأولون يقرأون القرآن فيرتفعون إلى مستواه .. أما نحن فنقرأ القرآن فنشدّه إلى مستوانا ! .

محمد الغزالى .. كيف نتعامل مع القرآن .

Alhamdulillah, Mesyuarat pertama steering committee penubuhan Universiti al-Quran Malaysia telah berlangsung pada 7 disember 2017 di CIC Islamic Center Kuala Lumpur.

Cetusan penubuhan universiti al-Quran ini adalah dari idea Permata al-Quran yang telah diutarakan ketika konvokesyen Permata Al-Quran di Kuin Baru baru ini.

Mesyuarat dihadiri oleh,
1. Ustaz Manolito Dahlan (Presiden PERMATA al-Quran)
2. Prof Musa Ahmad (Timbalan Presiden PERMATA al-Quran)
3. Dato Adnan Hashim (Bendahari PERMATA al-Quran)
4. Dr Mohd Fauzi Shaffie (Pengurus Besar IKSIM)
5. Prof Madya Dr Fuadah Johari (Pakar Wakaf - USIM)
6. Dr Asma Hakimah (Pensyarah Fakulti Undang Undang UKM)
7. Dato Dr. Haji Norzam Darmin (Norzam Arkitek)
8. Dato' Abu Ubaidah Kemin (AMP Permata al-Quran & pelopor program bank wakaf)
9. Sheikh Tawfeek Hassan Badjenid (Tawfeek Bedjenid & Partner)
10. Ustaz Syed Sharim (Setiausaha PERMATA al-Quran)
11. Ustaz Zawawi Aman (AMP PERMATA al-Quran)
12. Ustaz Mohd Hilmi (AMP PERMATA al-Quran)
13. Ustaz Zamzami (AMP PERMATA al-Quran)

Pelbagai agenda telah dibincangkan bersama dari golongan profesional yg pelbagai latar belakang, ianya satu perkembangan positif. Mereka sanggup untuk membantu demi mencari redha ALLAH.

Beberapa keputusan;
1. Pembentukan visi dan misi agar pembangunan ini ada roh dan jasad Islam
2. Grand design bangunan yg evergreen
3. Kajian dari sudut perundangan
4. Kajian terhadap pengisian pembangunan pendidikan
5. Kajian dan saranan untuk pembangunan wakaf tahfiz negara.

Utk maklumat ahli ahli, kita telah ditawarkan tanah oleh beberapa pihak, antaranya di
1. Daerah Baling, Kedah 30 ekar.
2. Daerah Jeli, Kelantan 50 ekar.
3. Daerah Rantau Panjang, kelantan 30 ekar.

Alhamdulillah. Teruskan berdoa moga dipermudahkan Allah segala cita cita besar ini.

Facebook photo

Bismillahirrahmanirrahim.
.
Assalamualaikum.
.
Makluman kepada semua ahli ahli permata al-Quran dan juga bukan ahli.
.
Koperasi Permata al-Quran Malaysia Berhad akan memulakan perniagaan baru seperti tilam, jubah, kopiah dan lain lain produk. Dengan itu kami membuka "OPEN ORDER" kepada semua yang berminat membeli.
.
Kami namakan produk produk ini dengan jenama "PEARL". InsyaAllah produk berkualiti dengan harga yang berpatutan.
.
Moga dengan belian anda akan membantu penjanaan ekonomi permata al-Quran.
.
Untuk tempahan atau maklumat lanjut tentang produk dan harga boleh hubungi 017-5147335.
.
Kini kami sedia menerima tempahan...!

Facebook photo

Pertemuan antara AMP PERMATA dgn CEO GIAT MARA MALAYSIA (Tuan hj Jamal Nasir) telah diadakan pada 5hb Disember 2017 di pejabat Giat Mara.
.
Beberapa perkara untuk kebaikan institusi tahfiz telah dibincangkan. Alhamdulillah InsyaAllah ianya ada perkembangan positif.
.
Kami akan kongsikan gambar gambar sekitar pertemuan itu nanti.
.
Stay gune dan ucaplah Subhanallah.

Facebook photo

Siapa mahukan teman yg akan melapangkan dan menyinari kuburnya, maka hendaklah ia sentiasa bersama al-Quran di dunia.

Berita TV1 berkenaan persidangan Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).

Permata Al-Quran juga dijemput turut serta di dalam majlis ini.

Sisipan akhbar Harian Metro.

Facebook photo

Video pendek ketibaan Menteri Pengajian Tinggi ketika Persidangan Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH).

وَقَدِمْنَا إِلَىٰ مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

Dan Kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dari jenis amal (yang mereka pandang baik), lalu Kami jadikan dia terbuang sebagai debu yang berterbangan.
-Surah Al-Furqan : Ayat 23.

Semoga kita tidak tergolong dari golongan ini.
Syarat utama untuk diterima amal kebaikan ialah dengan IKHLAS dan juga mengikuti SYARIAT Islam.

Peringatan untuk kita semua.

#tadabburalquran

Sisipan akhbar Harian Metro berkenaan persidangan Pelan Induk Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH). Permata Al-Quran juga dijemput turut serta di dalam majlis ini.

Facebook photo

🖍 TEKS HEBAHAN

📌 Assalamualaikum.

Kepada semua Ahli PERMATA ALQURAN

✅Pihak kerajaan telah menyediakan peruntukan utk mana mana maahad tahfiz yg berminat utk program TAHFIZ TVET iaitu tidak akan mengganggu pembelajaran asas maahad tetapi sebagai 'value added skill' yg bersifat flexible ikut waktu madrasah.

✅Pihak GIAT MARA akan membantu membuat pembelian peralatan, membekalkan guru kemahiran, serta bahan bahan asas secara percuma selama setahun. Setelah itu pihak madrasah boleh berdikari utk melaksanakan dan diharapkan dpt menjana sumber pendapatan maahad dan kemahiran pelajar.

✅Mohon sebelum 2hb Disember mana maahad yg berminat call setiausaha kerja permata alquran en. Syam 0175147335 dan ust. Dhiaulhaq 0194791744.

🔴 Sekiranya tiada respon kami beranggapan tuan tidak berminat.

Permata akan membuat Ziarah Mahabbah ke Ceo giat mara pd 5hb Disember dgn membawa bersama kertas kerja tersebut. Tlg doakan bersama.

Tksh moga dihebahkan.

Yang menjalankan amanah
Ustaz Manolito Dahlan
Presiden Permata Alquran

Facebook photo

Terima Kasih atas sokongan anda. Semoga Allah memberkati hidup kita semua.

Facebook photo

Buku panduan khas untuk sekolah tahfiz yang dilancarkan oleh NIOSH.

https://m.malaysiakini.com/news/403380#.Whp_GAdj6FY.whatsapp

Sisipan harian metro hari ini.
Berita berkenaan tahfiz aero angkasa yang dijalankan sekarang.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/11/287396/syarat-hafal-10-juzuk

Doakan Kejayaan Kami PERMATA Al-Quran Malaysia

Facebook photo

Makluman Pembetulan :

Empat hari lepas kami ada maklumkan berkenaan tayangan siaran bersama Presiden Permata Al-Quran dlm TV HIJRAH jam 8.30 mlm, pada malam tersebut. Ianya rancangan ANALISIS BUDGET 2018 TAHFIZ & GIAT MARA. Namun kami tersalah maklumat siaran. Sebenarnya malam tersebut adalah malam rakaman sahaja. Kami memohon maaf atas kesilapan makluman tersebut.

Tayangan sebenar program tersebut akan bersiaran pada hari selasa, 21 november 2017 jam 7.30 malam di dalam Analisis Bersama Finaz Yunus eps 4 - Bajet Agama.

Manakala tayangan ulangan pula adalah pada hari jumaat, 24 Nov 2017, jam 9.30 malam. Di sini kami lampirkan promo eps Bajet Agama..terima kasih.

19 November 2017 adalah hari bersejarah bagi Permata al-Quran. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Permata al-Quran dengan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) telah diadakan pada hari ini bertempat di KUIN, Kuala Ketil, Kedah.

Perjanjian persefahaman ini antara kandungannya adalah untuk mengadakan program SPM Fast Track kepada pelajar pelajar tahfiz yang bernaung di bawah Permata al-Quran. Seterusnya mereka akan berpeluang untuk menyambung pelajaran di KUIN.

Perjanjian persefahaman di antara Permata al-Quran dan KUIN adalah merupakan perjanjian yang pertama di antara keduanya.

KUIN diwakili oleh Rektornya Prof. Dato’ Dr Fakhrudin bin Abdul Mukti, Timbalan Rektor, Dekan Kulliyyah al-Quran dan Sunnah Dr. Mohd Sholeh Bin Sheh Yusuff Al- Hafiz serta beberapa pegawai yang lain.

Manakala Permata Al-Quran diwakili oleh Presidennya Ustaz Manolito Dahlan, Timbalan Prsiden Prof Musa, serta beberapa AMP lain yang turut hadir.

Moga menerusi jaringan kerjasama ini akan dapat memberi peluang pendidikan yang lebih luas kepada pelajar pelajar tahfiz di Malaysia.

Facebook photo

Saksikan siaran dlm TV HIJRAH jam 8.30 mlm ini dlm ANALISIS BUDGET 2018 TAHFIZ & GIAT MARA.

Ustaz Manolito Dahlan Presiden Permata Alquran akan bersiaran. Semoga dipermudahkan segala urusan.

قال تعالى : (أفلا يتدبرون القرآن) ،
قال الشوكاني : دلت الآية على وجوب تدبر القرآن ليعرف معناه.
قال ابن كثير : وترك تدبره من هجرانه.

#تدبرالقرأن

Assalamualaikum.

Semoga kita semua sihat dan dalam rahmat Allah hendaknya.

Alhamdulillah website Permata al-Quran sudah beroperasi semula dengan wajah baru. Ianya dibuat agar lebih mesra pengguna khususnya kepada pengguna telefon bimbit.

Borang pendaftaran keahlian Madrasah secara online juga telah boleh digunakan. Namun kami juga akan mengemaskini maklumat berkaitan dari masa ke semasa.

Terima kasih kepada Data Speed Solutions dan juga kepada semua yang terlibat. Terima kasih juga atas sokongan follower kami selama ini. Doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada kita semua untuk berjuang membantu agamaNya.

Sekiranya anda ada sebarang cadangan dalam menambah baik website Permata Al-Quran ini, anda bolehlah kemukakan cadangan kepada kami diruangan komen ataupun personal mesej ke inbox kami.

Mohon maaf atas segala kesulitan dan terima kasih kerana memberi sokongan.

Website boleh dilayari di alamat berikut :
www.permataalquran.org.my

Admin : Hilmi Rahman

#permataalquran
#persatuanmadrasahtahfizalquranmalaysia

Facebook photo

Ciri yang membezakan manusia dan haiwan adalah ilmu.

Manusia adalah manusia mulia yang mana ia menjadi mulia kerana ilmu, tanpa ilmu mustahil ada kekuatan dan kemuliaan.

Manakala ilmu itu cahaya dan cahaya Allah tidak akan dikurniakan kepada manusia yang sentiasa melakukan maksiat.

لاتتحقق الطمأنينة والسعادة والثبات والرحمة والشفاء إلا بالإنصات والتدبر :
(وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ترحمون)

#تدبرالقرآن

Makluman kepada semua,

laman web kami www.permataalquran.org.my sedang dalam proses ubahsuai dan kemaskini. jadi buat masa ini laman web ini tidak dapat dilayari lagi.

Kami akan maklumkan kembali apabila ianya siap sepenuhnya nanti. Harap maaf atas segala kesulitan.

Sekian, terima kasih.

Admin : Hilmi Rahman

#permataalquran
#persatuanmadrasahtahfizalquranmalaysia

Facebook photo

نشرة الأحوال الجوية الإيمانية

Permata Al-Quran menghantar beberapa orang AMP iaitu Ustaz Zamzami, Ustaz Lokman dan Ustaz Adha ke Maahad Tahfiz Nurul Iman, hulu langat, Selangor untuk menyampaikan sedikit bantuan banjir kepada Maahad tersebut. Kadatangan kami disambut mesra oleh mudirnya Ustaz Sujaq.

Lawatan ini ialah sebahagian daripada gerak kerja lajnah kebajikan Permata Al-Quran dalam membantu dan memberi sokongan moral kepada institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir di Ulu Langat, Selangor baru baru ini.

Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak banyak, namun kami mengharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir ini.

Sumbangan ini adalah dari dana khas kebajikan Permata Al-Quran, sumbangan PITAS, sumbangan sebahagian AMP, ahli ahli serta orang ramai yang sudi membantu meringankan beban institusi tahfiz yang terlibat. Semoga Allah menerima amal kebajikan yang kita semua lakukan. Aamiin.

Kepada yang ingin turut serta membantu memberi sumbangan bolehlah salurkan ke akaun Persatuan seperti berikut : Nama : PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA. No akaun : 14210010010586 (BIMB).

Sumbangan anda amatlah kami hargai, dan diucapkan dengan lafaz Jazaakallahu Khairan kathiran.

#permataalquran
#persatuanmadrasahtahfizalquranmalaysia
#misibantuanbanjirpermataalquran

Facebook photo

Sekitar lawatan untuk memberi sedikit bantuan dan sokongan moral kepada Maahad tahfiz Al-Quran Darul Tahzhib yang terlibat dgn ujian ribut.

Facebook photo

Permata Al-Quran menghantar beberapa orang AMP iaitu Ustaz Zamzami, Ustaz Lokman dan Ustaz Adha ke Maahad Tahfiz Darul Huffaz, Ulu langat, Selangor yang diasaskan oleh Ustaz Aminurrasyid untuk menyampaikan sedikit bantuan banjir kepada Maahad tersebut.

Lawatan ini ialah sebahagian daripada gerak kerja lajnah kebajikan Permata Al-Quran dalam membantu dan memberi sokongan moral kepada institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir di Ulu Langat, Selangor baru baru ini.

Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak banyak, namun kami mengharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir ini.

Sumbangan ini adalah dari dana khas kebajikan Permata Al-Quran, sumbangan PITAS, sumbangan sebahagian AMP, ahli ahli serta orang ramai yang sudi membantu meringankan beban institusi tahfiz yang terlibat. Semoga Allah menerima amal kebajikan yang kita semua lakukan. Aamiin.

Kepada yang ingin turut serta membantu memberi sumbangan bolehlah salurkan ke akaun Persatuan seperti berikut :
Nama : PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA.
No akaun : 14210010010586 (BIMB).

Sumbangan anda amatlah kami hargai, dan diucapkan dengan lafaz Jazaakallahu Khairan kathiran.

#permataalquran
#persatuanmadrasahtahfizalquranmalaysia
#misibantuanbanjirpermataalquran

Facebook photo

Presiden Permata Al-Quran Ustaz Manolito dan bersama beberapa AMP yang lain membuat lawatan serta menyampaikan sedikit bantuan kepada madrasah salah seorang AMP Permata Al-Quran yang mewakili negeri Pulau Pinang Ustaz Zolkarnain iaitu Maahad Tahfiz Al-Kayyis.

Lawatan ini ialah sebahagian daripada gerak kerja lajnah kebajikan Permata Al-Quran dalam membantu dan memberi sokongan moral kepada institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir di Pulau Pinang baru baru ini.

Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak banyak, namun kami mengharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir ini.

Sumbangan ini adalah dari dana khas kebajikan Permata Al-Quran dan juga sumbangan sebahagian AMP, ahli ahli serta orang ramai yang sudi membantu meringankan beban institusi tahfiz yang terlibat.

Semoga Allah menerima amal kebajikan yang kita semua lakukan. Aamiin.
Kepada yang ingin turut serta membantu memberi sumbangan bolehlah salurkan ke akaun Persatuan seperti berikut :
Nama : PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA.
No akaun : 14210010010586 (BIMB).

sumbangan anda amatlah kami hargai, dan diucapkan dengan lafaz Jazaakallahu Khairan kathiran.

#permataalquran
#persatuanmadrasahtahfizalquranmalaysia
#misibantuanbanjirpermataalquran

Facebook photo

Gambar sekitar program penerangan bersama Ustaz Manolito Dahlan Presiden Permata Al-Quran berkenaan hala tuju dan masa depan Pusat Tahfiz di Malaysia yang telah berlangsung di Sek. Ren. Islam Tahfiz Mutmainnah, Sungai Petani, Kedah.

Alhamdulillah program berlangsung dengan jayanya dengan respon yang baik daripada waris/ ibu bapa pelajar pelajar. semoga ianya memberi pendedahan yang lebih luas kepada semua waris/ibu bapa pelajar pelajar.

Facebook photo

Presiden Permata Al-Quran Ustaz Manolito dan bersama beberapa AMP yang lain membuat lawatan serta menyampaikan sedikit bantuan kepada Pusat Kecemerlangan As-Syafie (PAKSY) maahad tahfiz yang diasaskan oleh Ustaz Abdullah Khairi di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang.

Lawatan ini ialah sebahagian daripada gerak kerja lajnah kebajikan Permata Al-Quran dalam membantu dan memberi sokongan moral kepada institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir di Pulau Pinang baru baru ini.

Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak banyak, namun kami mengharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir ini.

Sumbangan ini adalah dari dana khas kebajikan Permata Al-Quran dan juga sumbangan sebahagian AMP, ahli ahli serta orang ramai yang sudi membantu meringankan beban institusi tahfiz yang terlibat. Semoga Allah menerima amal kebajikan yang kita semua lakukan. Aamiin.

Kepada yang ingin turut serta membantu memberi sumbangan bolehlah salurkan ke akaun Persatuan seperti berikut :
Nama : PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA.
No akaun : 14210010010586 (BIMB).

sumbangan anda amatlah kami hargai, dan diucapkan dengan lafaz Jazaakallahu Khairan kathiran.

#permataalquran
#persatuanmadrasahtahfizalquranmalaysia
#misibantuanbanjirpermataalquran

Facebook photo

Presiden Permata Al-Quran Ustaz Manolito dan bersama beberapa AMP yang lain membuat lawatan serta menyampaikan sedikit bantuan kepada Pusat Tahfiz Al-Irshad, Sungai Dua, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.

Lawatan ini ialah sebahagian daripada gerak kerja lajnah kebajikan Permata Al-Quran dalam membantu dan memberi sokongan moral kepada institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir di Pulau Pinang baru baru ini.

Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak banyak, namun kami mengharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir ini.

Sumbangan ini adalah dari dana khas kebajikan Permata Al-Quran dan juga sumbangan sebahagian AMP, ahli ahli serta orang ramai yang sudi membantu meringankan beban institusi tahfiz yang terlibat. Semoga Allah menerima amal kebajikan yang kita semua lakukan. Aamiin.

Kepada yang ingin turut serta membantu memberi sumbangan bolehlah salurkan ke akaun Persatuan seperti berikut :
Nama : PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA.
No akaun : 14210010010586 (BIMB).

sumbangan anda amatlah kami hargai, dan diucapkan dengan lafaz Jazaakallahu Khairan kathiran.

Facebook photo

Presiden Permata Al-Quran Ustaz Manolito dan bersama beberapa AMP yang lain membuat lawatan serta menyampaikan sedikit bantuan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran Darul Tahzhib, Kampung Permatang Pasir, Balik Pulau, Pulau Pinang di bawah Yayasan Al-Filfilani yang diuruskan oleh Ustaz PU Haji Shahul Hamid.

Lawatan ini ialah sebahagian daripada gerak kerja lajnah kebajikan Permata Al-Quran dalam membantu dan memberi sokongan moral kepada institusi tahfiz yang terlibat dengan sebarang musibah di Pulau Pinang baru baru ini. Maahad ini telah diuji dengan ribut yang memusnahkan khemah yang dijadikan tempat pengajian mereka.

Walaupun sumbangan yang disampaikan tidak banyak, namun kami mengharapkan agar sedikit sebanyak dapat membantu institusi tahfiz yang terlibat dengan ujian banjir ini.

Sumbangan ini adalah dari dana khas kebajikan Permata Al-Quran dan juga sumbangan sebahagian AMP, ahli ahli serta orang ramai yang sudi membantu meringankan beban institusi tahfiz yang terlibat.

Semoga Allah menerima amal kebajikan yang kita semua lakukan. Aamiin.
Kepada yang ingin turut serta membantu memberi sumbangan bolehlah salurkan ke akaun Persatuan seperti berikut :
Nama : PERSATUAN MADRASAH TAHFIZ AL-QURAN MALAYSIA.
No akaun : 14210010010586 (BIMB).

sumbangan anda amatlah kami hargai, dan diucapkan dengan lafaz Jazaakallahu Khairan kathiran.

#permataalquran
#persatuanmadrasahtahfizalquranmalaysia
#misibantuanbanjirpermataalquran

Facebook photo